Thursday, September 9, 2010

Cerita Baru

Assalammualaikum..

Hari ini hari Khamis yang bertarikh 09/09/2010.. Sudah lama aku tinggalkan blog ini kerana kesibukkan dengan tugasan harian.. Selama Aku tinggalkan blog ini pelbagai dugaan yang Aku tempuhi dalam hidup ini.. Pahit manis dan pelbagai lagi yang datang melanda keatas diriku ini.. Hari terakhir Aku tinggalkan blog ini pada 16 May 2010.. Aku sedar-sedar sudah bulan September dan lagi 1 hari sahaja untuk berpuasa kerana ke esokkan harinya sudah Syawal.. Dalam tempoh 5 bulan ini membuatkan Aku berfikir sambil belajar, berfikir sambil mengajar dan berfikir sambil kerja.. Tiap-tiap hari berfikir tentang diri sendiri, masa depan dan lain-lain.. Namun, bukan semua dapat di selesaikan kerana untuk selesaikan Aku harus tempuhi hari tersebut.. Aku sudah berfikir untuk hari esok namun, perkara lain yang datang tanpa di duga.. Kenapa?? jawapan yang paling mudah ialah kita tidak boleh meramal apa yang berlaku.. Kenapa?? kita hanya manusia biasa yang boleh merancang sahaja.. Yang menentukan siapa?? semestinya Allah Yang Maha Esa..

"Kehidupan Manusia Umpama Roda Berputar", inilah perkataan yang selalu kita gunakan.. Memang betul kerana setiap orang sama sahaja yang berlainan hanya jantina.. Kenapa jantina shaja berlainan??.. Kerana jantinalah menunjukkan perbezaan antara lelaki dan perempuan yang mempunyai alat sulit yang berbeza, suara berbeza dan fizikal badan yang berbeza.. Semua orang tahu perkara ini kerana mereka boleh berfikir dengan logik akal masing-masing..

Dalam waktu Aku berfikir, Aku bandingkan diri Aku di antara umur 17, 18, dan 19.. semasa Aku berumur 17, Aku gagah dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum kerana tahun itu tahun yang terakhir di sekolah dan Aku berfikir bebas.. Aku berfikir bebas kerana Aku tidak mahu tertekan dengan pelajara, keluarga dan kawan-kawan.. Mengapa tiada Cinta?? kerana pada tahun itu Aku tidak bercinta atas sebab yang logik dan munahsabah.. Aku mengenali seseorang perempuan yang ayu, lemah-lembut dan bijak.. Bagi Aku dialah pembakar semangat untuk Aku belajar bersungguh-sungguh.. Aku masih ingat lagi Lagu kesukaannya, Makanan di Waktu Malam dan Nama Panggilan yang diberikan kepada Aku.. Aku rasa dia sudah lupakan perkara itu kerana dia sibuk belajar di KUIS.. Tidak mengapalah mungkin tiada jodoh dan bukan untuk Aku.. Apabila umur Aku 18 tahun, pelbagai perubahan yang berlaku ke atas diriku.. Sikap Aku begitu teruk kerana Aku tidak dapat mengawal hati dan fikiran.. Sepatutnya hati dan fikiran perlu saling membantu bak kata perpatah orang tua "Darah Muda".. Memang betulpun.. Perkara ini berlaku sebelum Aku pergi PLKN dan selepas PLKN.. Aku rasa perkara ini terjadi disebabkan Aku tertekan dengan keadaan sekeliling dan kurang matang.. Apabila umur Aku 19 tahun semuanya sudah berubah dan Aku kembali normal sedikit.. Perubahan demi perubahan Aku telah buat supaya sikap "Darah Muda" itu hilang.. Namun, Aku tidak harus hilangkan semuanya kerana Aku masih muda lagi.. Pada hari ini Aku telah luahkan segala yang Aku tempuhi dan Azam Aku pada tahun ini hampir makbul.. Kepada pembaca, Aku minta maaf jika ayat-ayat Aku tunggang tergolek, tidak cukup huruf, bosan dan sakit hati.. Akhir kata, hidup jangan terlalu tensen kerana tensen boleh buat kita merana.. Happylah Selalu...

Assalammualaikum..

No comments:

Post a Comment