Sunday, May 16, 2010

Jambori 1 Belia 1 Malaysia

14 MAY 2010

Hari ini adalah hari pertama bagi kami yang terpilih dalam kem perkhemahan Jambori 1 Belia 1 Malaysia di Taman Wetland,Putrajaya. Sekolah kami menghantar seramai 5 orang sahaja kerana itu adalah ‘Quota’ yang di syarat kepada kami. Apabila kami sampai di tapak perkhemahan, kami mencari tapak kawasan untuk mendirikan khemah sebelum hari malam. Apabila di pasang siap kami berehat seketika kerana cuaca panas di kawasan itu. Pada waktu petang kami di panggil berkumpul untuk taklimat. Setelah berkumpul kami mendengar taklimat untuk di bahagikan mengikut ‘sub kem’. Terdapat 3 sub kem diantaranya sub kem petalingjaya, sub kem subangjaya dan sub kem cyberjaya. Kami di bahagikan kerana banyak dearah dari Selangor yang menyertai kem ini. Setelah di bahagikan, kami pula di beri arahan untuk menyusun khemah mengikut sub kem dan diberikan kawasan setiap sub kem dan had-had kawasan setiap sub kem. Di pendekkan cerita, setelah kami menyusun khemah mengikut sub kem dan kemudiannya kami berehat sebentar. Menjelang malam pula kami bersiap-siap untuk mandi namun, perasaan hampa kepada diriku kerana ramai orang yang mandi dan air yang tidak mencukupi. Akibat perkara itu, saya pun tidak mandi untuk malam itu. Setelah Isya’ kami berkumpul di dataran untuk perasmian kem Jambori Pengakap 1 belia 1 Malaysia. Begitu ramai pengakap yang di anggarkan hampir 4000 orang yang berada di situ. Sebelum penutup, pelbagai nyanyian yang di nyanyiankan oleh mereka sehingga larut malam. Pada masa itu, saya telah kembali khemah untuk berehat kerana saya amat letihdi sebabkan persembahan hari rabu yang berlansung di SMK Cyberjaya. Akhir sekali saya tidur awal kerana esok pagi perlu bangun awal untuk breakfast.

15 MAY 2010

Selamat pagi semua. Aku bangun awal pada pagi ini, aku bersiap-siap untuk mandi pagi. Aku siap-siapkan tuala serta pakaian untuk tukar, tiba-tiba aku berhenti sekita dan aku melihat ramai orang berkumpul di kawasan mandi dan aku patah hati lagi untuk mandi. Sedihnya. Malas pula nak mandi lagi, selepas itu aku pergi sarapan pagi untuk mengisi perut aku yang kosong ini. Selepas sarapan pagi, kami semua dapat arahan baru iaitu memakai uniform lengkap kerana kami ada tugasan yang harus kami lakukan iaitu menjaga gerai-gerai di JomHeboh. Kami di minta untuk menunggu bas sehingga sampai untuk membawa kami. Kami menuggu dari jam 0800 sehingga pada jam 1000 dan kami dapat arahan baru iaitu plan B yang diberitahu oleh ketua kontinjen Selangor. Dia memberitahu bahawa kami akan pergi juga tetapi kami perlu berjalan kaki dari Taman Wetland sehingga Presint 2. Anda bayangkan sahajalah. Setelah sampai di JomHeboh, kami berasa penat dan haus akibat berjalan kaki. Ramai yang beli air untuk membasahkan tekak masing-masing. Aku pula merayau-rayau sebentar dan singgah di Masjid Terapung Putrajaya. Setelah sampai aku berehat sehingga jam 1200 kerana pada waktu itu tibalah untuk makan tengah hari. Kawasan makan tengah hari di Jabatan Imegresin. Aku bertolak dari masjid pada jam 1204, ketika berjalan kaki aku melihat pameran autoshow di jambatan. Pelbagai kereta yang telah diubahsuai untuk kelihatan cantik dan laju. Setelah aku melihat autoshow aku teruskan perjalanan lagi kerana aku hendak makan. Agak jauh jugalah kawasan untuk makan kerana aku sampai disana hampir setengah jam. Pendekkan cerita, setelah sampai aku makan sambil berehat kerana penat. Aku melihat jam sudah pukul 1415 dan aku bergerak ke masjid semula untuk pulang. Semasa dalam perjalanan aku singgah di kawasan-kawasan yang menjual barang. Barulah aku macam mana JomHeboh. Betul-betul heboh kerana pelbagai barangan yang dijual oleh mereka. Selepas itu aku pun berjalan lah ke masjid dan tiba di sana pada jam 1535. Pendekkan cerita, aku tunggu bas kontinjen Selangor untuk membawa kami pulang ke kem semula. Namun, tiada bas sehingga jam 1730. Aku menelefon kawan ayah aku untuk mengambil dan menghantar aku ke kem. Setelah sampai ke kem aku rehat kerana amat penat sangat berjalan kaki tadi. Pada waktu itu aku dapat peluang untuk mandi kerana berpeluh dan panas sangat. Selepas mandi aku berehat lagi sebab penat sangat-sangat. Selepas jam 2030 kami pergi ke arena untuk melihat malam kebudayaan yang di lakukan oleh setiap negeri. Aku melepak di arena sampailah jam 2230 kerana aku mengantuk sangat dan esok pula aku masuk acara Larian Ekiden di Putrajaya.

16 MAY 2010

Pagi ini aku tidak mandi kerana aku bersemangat untuk Larian Ekiden. Larian Ekiden ialah larian yang mempunyai 5 orang untuk 1 kumpulan, larian ini merupakan larian berganti-ganti. Kami bertolak dari kem pada jam 0700 dan kami semua turun di hadapan Jabatan Imegresin. Apabila sampai aku terkejut kerana ramai orang yang menyertai larian ini. Selepas itu mengikut huruf yang ada di kain serta nombor yang di berikan. Nombor kami ialah 970. Bermakna lebih dari 1000 orang yang menyertai larian ini. Aku adalah orang terakhir dalam larian ini kerana nombor aku 970E. Setiap orang lari sejauh 5km, namun larian ini boleh berhenti sekejap tetapi kalau berhenti kalah la nanti. Aku menunggu rakan seperjuangan aku untuk aku menggantikan larian tersebut. Aku tunggu lama sangat rakan aku ini, aku tidak tahu masalahnya. Aku sudah nampak rakan aku dari jauh dan aku bersiap sedia untuk belari. Setelah dia sampai aku teruskan larian dengan penuh semangat dan sebagai ahli sukan. Aku berjogging tanpa henti dari permulaan sehingga penamat kerana yang penat itu adalah mainan minda sahaja, jika kita berhenti bermakna minda kita tidak cukup kuat untuk melakukan sesuatu. Apabila aku melihat ‘FINISH’ aku tambahkan kelajuan kerana itu adalah teknik larian jauh. Akhirnya aku sampai di garisan ‘FINISH’ dan aku mendapat nombor 331 daripada nombor aku sendiri. Aku tidak dapat merasakan penat kerana masih berasa bertenaga untuk berjogging lagi. Setelah habis larian tersebut, kami semua balik ke kem. Apabila sampai aku melihat semua barang sudah siap di bungkus kerana kamis dapat habis awal. Cikgu Salmy pun sampai juga dan aku mengucapkan ‘selamat hari guru’ kepadanya. Setelah aku ambil barang-barang, aku memanaskan enjin motosikal untuk meneruskan perjalanan pulang. Apabila enjin motosikal aku stabil, aku pun terus perjalanan. Ketika dalam perjalanan aku bernyanyi lagu pengakap kerana gembira sangat-sangat. Ketika dalam perjalanan, aku nampak seorang warga tua sedang menolak motosikalnya kerana tidak dapat menghidupkan enjinnya. Dengan baik hati aku tolonglah tolak sampai ke kedai motosikal bersebelahan stesen minyak Shell. Selepas itu aku teruskan perjalanan balik kerumah.

PENUTUP

Segala yang aku alami selama 3 hari sungguh seronok kerana pelbagai aktiviti yang dilakukan dan bulan 7 ini mungkin ada kem Kempori dan tidak tahu lokasinya lagi.

No comments:

Post a Comment