Wednesday, July 4, 2012

Varsity Jacket Hoodie from Korea South


Salam 1 Malaysia.
Hari ini saya nak kongsi pengalaman saya pasal Varsity Jacket.
Rasa-rasanya pemuda di Malaysia mesti tau apa itu Varsity Jacket.
Kebanyakan mereka sukar mencari Varsity Jacket ini kerana Jacket ini belum meluas di Malaysia.
Varsity Jacket ini pelbagai jenis, kualiti, style dan berbagai-bagai lagi.
Saya meminati 1 jenis Varsity Jacket ini kerana mempunyai huruf "R" dan patern pun cantik dan saya pun mengesyorkan kepada rakan saya.
Rakan saya pun tertarik apa yang saya syorkan dan dia pun ingin mencari 1 Varsity Jacket yang mempunyai huruf.
Tapi malangnya yang mempunyai huruf itu untuk perempuan.
Pada mulanya saya tidak mengetahui Jacket ini.
Saya meminati Varsity Jacket ini apabila terlihat sehelai Varsity Jacket di Uptown Shah Alam tetapi harganya mahal.
Oleh itu, saya mencari di setiap laman web yang menjual Varsity Jacket ini.
Agak sukar untuk mencari lokasi yang menjual Varsity Jacket ini kerana belum meluas di pasaran.
Pada 1 hari saya terlihat 1 Varsity Jacket yang saya minat dan betul-betul minat dan saya tunjuk kepada rakan saya. Dia juga minat dengan Varsity Jacket itu.
Saya memberitahu Varsity Jacket ini di jual daripada South Korea melalui ebay.
Agak-agak korang mahal tak??
Harganya lebih kurang kat Malaysia cume bayaran tambahan untuk Shipping je.
Oleh itu, kami bersetuju untuk membelinya kerana sebelum ini kami mencari Varsity Jacket ini tidak jumpa di yang kami minat.


ini lah Varsity Jacket yang kami tempah ^_^





                                                       Macam ni lah bentuk penghantarannya

Kalau korang minat korang boleh cari kat "ebay". Pastikan korang kena ada "Paypal" akaun, Visa aktif.
Situ banyak pilihan.
Kalau yang dalam gambar ni Varsity Jacket Hoodie.
Harga Jacket ini + Shipping RM 139.
Tu jela nak tulis hari ini. 

No comments:

Post a Comment